M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), di sini, selepas mengadu sesak nafas, tengah malam tadi. FOTO ihsan keluarga
M Daud Kilau dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), di sini, selepas mengadu sesak nafas, tengah malam tadi. FOTO ihsan keluarga
Noor Hidayah Tanzizi


Teluk Intan: Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 84, dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, selepas mengadu sesak nafas tengah malam tadi.

Ahmad Zaini, 51, berkata, bapanya dibawa ke HTI pada 12 tengah malam tadi sebelum doktor mengesahkannya dalam keadaan kritikal dan mempunyai masalah paru-paru berair.

Menurutnya, bapanya kini dalam pemantauan doktor dan memerlukan bantuan pernafasan.

"Doktor mengesahkan pada keluarga bahawa Dato (Md Daud Kilau) kritikal (paru paru berair) pada 2 pagi.

"Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (Bantuan Pernafasan Kecemasan)

dan memasukkan tiub bagi membantu pernafasannya apabila jantungnya terhenti.

"(Ayah) masih memerlukan bantuan pernafasan (dan dalam keadaan) separuh sedar tapi masih kritikal," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 September 2022 @ 11:52 AM