PUTERI Aishah selamat menjalani pembedahan semalam.
PUTERI Aishah selamat menjalani pembedahan semalam.
Oleh Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon Puteri Aishah, 26, selamat menjalani pembedahan di jari kelingkingnya selepas mengalami kemalangan kecil ketika sedang memasak, kelmarin.

Aishah atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman berkata, ketika sedang memasak, dia terpotong bahagian arteri pada jari berkenaan.

"Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar semalam (kelmarin). Terima kasih kepada yang mendoakan saya. Saya secara tidak sengaja terpotong jari semasa memasak semalam hingga terputus arteri. Itulah yang doktor cakap kepada saya.

"Saya tidak boleh menaip banyak sangat. Seperti anda lihat, satu tangan berbalut dan satu lagi ada jarum. Saya tak boleh balas semua mesej doa anda semua," katanya.

Terdahulu, pelakon filem Pulang itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas berikutan kecederaan itu.

Pengurusnya, Iman Tang memaklumkan jari kelingkingnya terkoyak selepas terkena hirisan pisau pada kejadian petang kelmarin.

Ketika kejadian, Puteri mahu memotong buah. Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, dia terhiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.

Mengikut laporan doktor, kecederaan di jarinya agak serius dan bagi mengelak kesan jangka panjang, Puteri perlu menjalani pembedahan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 November 2020 @ 2:07 PM