FROOME  di hospital dengan tangan berbalut.  - FOTO Agensi
FROOME di hospital dengan tangan berbalut. - FOTO Agensi
Reuters

JUARA empat kali Tour de France, Chris Froome kembali ke hospital selepas tanpa sengaja terpotong ibu jarinya dengan pisau dapur --- kecederaan terkini dialaminya pada tahun yang menyiksakan buat pelumba Britain itu.

Dia yang berusia 34 tahun berkata di Twitter telah pun menjalani rawatan menyambung semula bahagian yang terpotong di tangan kirinya.

Froome memuatnaik gambarnya dengan tangan berbalut di hospital.

Dia berkata: "Bodohnya saya terpotong ibu jari dengan pisau dapur dan terpaksa disambung semula semalam. Tak boleh mengangkat ibu jari beberapa minggu. Tahun ini bukan tahun saya. Tak sabar menunggu 2020."

Ini kali kedua Froome dimasukkan ke hospital tahun ini. Pada Julai lalu, dia terbabas ketika menyertai Criterium du Dauphine dan dirawat di unit rawatan rapi selepas mengalami kecederaan serius.

Kecederaan itu memaksanya menarik diri daripada Tour de France.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 September 2019 @ 10:57 PM