FASHA Sandha.
FASHA Sandha.
Rudy Imran Shamsudin


PELAKON Popular Fasha Sandha berkongsi kesedihan dengan peminatnya selepas mengalami keguguran melalui laman sosial.

Fasha turut memohon maaf kepada suaminya, Aidil Aziz dan anaknya kerana tidak mendengar nasihat doktor agar dia banyak berehat di awal kehamilan.

“Saya tidak mendengar cakap doktor untuk tidak banyak bergerak sepanjang hari raya. Saya turun naik kereta api, kapal terbang, jalan laju-laju dan bekerja sampai terlupa yang saya sedang mengandung,” katanya.

Jelas Fasha lagi, dia terlalu aktif hinggakan terlupa harus banyak berehat kerana kandungannya masih di peringkat awal.

FASHA berkongsi mengenai kegugurannya di laman sosial.
FASHA berkongsi mengenai kegugurannya di laman sosial.

Fasha turut merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat yang mendoakan dirinya dan kandungan sebaik dia berkongsi mengenai perkara itu.

“Saya berasa amat sedih untuk berkongsi berita (keguguran) ini. Doakan kami agar kuat untuk berhadapan dengan dugaan ini.

“Terima kasih Allah kerana menumpangkan ‘anak syurga’ dalam rahim ku walaupun untuk seketika,” katanya.

Sebelum ini Fasha turut berkongsi kegembiraan apabila menyedari dirinya hamil tiga minggu.

Kegembiraan itu turut dikongsi Aidil, apabila memuat naik rakaman kejutan dibuat Fasha untuk memaklumkan dia hamil pada pertengahan Ramadan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Jun 2019 @ 11:50 AM