Ammar mengalami kecederaan ketika melakukan aksi dalam filem Paskal. FOTO Ihsan Ammar Alfian
Ammar mengalami kecederaan ketika melakukan aksi dalam filem Paskal. FOTO Ihsan Ammar Alfian
Michelle Gun


PELAKON, Ammar Alfian mendedahkan cedera di bahagian kanan muka, leher dan gegendang telinga selepas membuat aksi terjun pelantar minyak di Semporna, Sabah sewaktu penggambaran filem Paskal, baru baru ini.

Ammar, 31, berkata kecederaan itu berlaku disebabkan kesilapan ketika terjun dari pelantar dianggarkan setinggi tujuh tingkat.

"Muka saya lebam dan cedera kerana terhantuk pistol yang dipegang ketika terjun. Selepas keluar dari air, saya pengsan," katanya.

Walaupun kecederaan serius, Ammar nekad meneruskan penggambaran keesokan hari.

"Muka disolek bagi menutup kesan lebam dan bengkak. Kecederaan sekarang sudah baik dan bersyukur diberi peluang merasai pengalaman berharga seperti itu," katanya.

“Latihan dijalani bersama barisan pelakon lain hanyalah lima peratus daripada latihan sebenar Paskal," katanya.

Paskal arahan Adrian Teh menjalani penggambaran selama empat bulan di beberapa lokasi seperti Lumut, Perak Semporna, Sabah dan Turki.

Filem itu akan ditayangkan ditayangkan pada 27 September ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Ogos 2018 @ 7:23 PM