Aishwarya pada Festival Filem Cannes. FOTO AFP
Aishwarya pada Festival Filem Cannes. FOTO AFP
Najiy Jefri


PENGIKUT Instagram pelakon Bollywood tersohor, Aishwarya Rai meningkat mendadak kepada 1.3 juta pengikut dalam tempoh lima hari.

Akaun Instagram itu diwujudkan bersempena 17 tahun Festival Filem Cannes, selatan Perancis yang dihadirinya minggu lalu.

Aishwarya hadir ke festival terbabit bersama anaknya, Aaradhya Bachchan dan ibunya.

Sebelum ini, berita pembukaan Instagram dengan nama @aishwaryaraibachchan_arb itu disahkan pengurusan aktres berkenaan dan sudah mendapat pengesahan daripada pihak Instagram.

Sehingga kini, Aishwarya sudah memuat naik sebanyak 29 gambar dan tidak mengikuti sesiapa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mei 2018 @ 3:40 PM