Kimi (tengah) bergambar bersama selebriti dan penaja Mood Republik 'Back To Back Raya Galore Festival'. FOTO ROSELA ISMAIL€™
Kimi (tengah) bergambar bersama selebriti dan penaja Mood Republik 'Back To Back Raya Galore Festival'. FOTO ROSELA ISMAIL€™
Ardini Sophia Sina


KETUA Pegawai Eksekutif Mood Republik, Datuk Kimi Iskandar Ismail menegaskan, pihaknya akan meneruskan tradisi hujan duit pada KL Raya Fest 2018 walaupun menerima kecaman dari orang ramai.

Katanya, ia adalah kelainan membezakan Mood Republik dengan festival lain. Malah, beliau reda dengan apa saja pandangan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Katanya, ia adalah kelainan yang membezakan Mood Republik dengan festival lain.

KL Raya Fest tahun ini akan bermula 8 Jun hingga 11 Jun dan berlangsung selama 72 jam tanpa henti.

Dia reda dengan apa saja pandangan negatif yang dilemparkan terhadapnya.

“Biasalah, apa saja yang kita buat pasti ada yang suka dan tidak suka. Bagaimanapun, saya tetap dengan keputusan untuk meneruskan ‘hujan duit'. Ia adalah kelainan Mood Republik dibandingkan festival lain.

“Kami juga sudah menetapkan syarat bahawa kanak-kanak, individu kurang upaya, wanita mengandung dan warga emas tidak boleh menyertai aktiviti berkenaan. Kalau ada antara mereka yang melanggar peraturan, pasukan Rela akan bertindak untuk tarik mereka keluar dari kawasan 'hujan duit' diadakan,” katanya.

Kimi didakwa menggunakan populariti selebriti untuk menarik lebih ramai pengunjung menyertai ‘hujan duit’ menyebabkan mereka yang berkongsi video aktiviti itu turut sama mendapat kecaman.

“Saya tidak pernah memaksa mereka mengambil video dan berkongsi di laman sosial. Malahan, mereka juga ada pilihan sama ada ingin menyaksikan ‘hujan duit’ itu atau pun tidak.

“Duit yang digunakan untuk menjayakan ‘hujan duit’ adalah kepunyaan Mood Republik. Tidak ada kaitan dengan mereka pun,” katanya pada sidang media Back to Back Raya Galore Festival Mood Republik 2018 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.

KL Raya Fest tahun ini akan bermula 8 Jun hingga 11 Jun dan berlangsung selama 72 jam tanpa henti.

Tahun ini, seramai 97 selebriti antaranya Yana Samsudin, Zain Saidin, Emma Maembong, Ziana Zain, Fazura dan Elfira Loy bakal menyertai festival itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mei 2018 @ 9:04 PM