Bruno Mars tidak mengecewakan dengan menyampaikan lagu hitnya. FOTO
Bruno Mars tidak mengecewakan dengan menyampaikan lagu hitnya. FOTO
Georgie Joseph


KONSERT Bruno Mars tidak terjejas apabila lebih 12,000 hadir menyaksikan penyanyi dari Amerika Syarikat itu di Axiata Arena, Kuala Lumpur, malam tadi, meskipun jatuh tarikh sama Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bahkan, seawal jam 5 petang perkarangan lokasi itu sudah dibanjiri peminat yang jelas tidak sabar mahu melihat persembahan penyanyi tersohor berkenaan.

Bruno atau nama penuhnya Peter Gene Hernandez, 32, mengagumkan penonton dengan persembahan bertenaga menyanyikan lagu-lagu hitnya yang kebanyakan daripada album 24k Magic.

Antara lagu dinyanyikannya termasuklah Versace on the Floor, Locked Out Of Heaven, Runaway Baby, Chunky, Just The Way You Are, Finesse, Marry You, Uptown Funky, 24K Magic, When I Was Your Man, dan That’€™s What I Like.

Bruno juga sempat mengekspresikan kerinduannya terhadap peminat Malaysia menerusi nyanyian.

“€œAku rindu kamu...aku rindu kamu, Malaysia,”€ katanya.

Ini adalah kunjungan kedua penyanyi terbabit ke Malaysia dan pernah mengadakan konsert di sini pada 2012.

Terdahulu, konsert berkenaan mencetuskan menjadi perdebatan ramai sebaik tarikh PRU-14 diumumkan jatuh pada hari sama.

Berikutan pengumuman itu, ia menerima pelbagai reaksi peminat yang sudah pembeli tiket. Ada yang mahu ia diteruskan dan tidak kurang juga meminta supaya tarikhnya ditukar.

Bagaimanapun, penganjurnya tampil dengan pengumuman rasmi konsert berkenaan tetap dilangsungkan seperti dijadualkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Mei 2018 @ 2:05 AM