Bruno Mars menerima Grammy untuk kategori Album Terbaik menerusi 24K Magic. FOTO REUTERS
Bruno Mars menerima Grammy untuk kategori Album Terbaik menerusi 24K Magic. FOTO REUTERS
Georgie Joseph


PENYANYI Bruno Mars menang besar acara berprestij Grammy Awards 2018 apabila memenangi tiga kategori utama Rakaman Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik pada majlis berlangsung di Madison Square Garden, New York City, New York, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Untuk Rakaman Terbaik, lagu nyanyiannya 24K menewaskan empat calon lain iaitu The Story of O.J. nyanyian Jay-Z, 24K Magic (Bruno Mars), HUMBLE (Kendrick Lamar), Redbone (Childish Gambino) dan Despacito (Luis Fonsi, Daddy Yankee).

Bagi kategori Album Terbaik menerusi 24K Magic, dia menewaskan Jay-Z (4:44), Lorde (Melodrama), Kendrick Lamar (Damn) dan Childish Gambino (Awaken, My Love!).

Bruno turut mengungguli kategori Lagu Terbaik menerusi That’s What I Like menewaskan lagu 1-800-273-8255 (Logic, Khalid, Alessia Cara), Issues (Julia Michaels), Despacito Remix (Justin Bieber, Luis Fonsi, Daddy Yankee) dan 4:44 (Jay-Z).

Pendatang baru, Alessia Cara dinobatkan Artis Baru Terbaik dengan mengenepikan empat calon lain iaitu Lil Uzi Vert, Julia Michaels, Khalid, dan SZA.

Program dihoskan pengacara sensasi James Corden yang turut diserikan dengan persembahan daripada U2, Elton John, Lady Gaga, Miley Cyrus, Kendrick Lamar, Bruno Mars, Cardi B, Kesha, Luis Fonsi, dan Daddy Yankee.

Tidak terkecuali, Childish Gambino, DJ Khaled, Rihanna, Bryson Tiller, Little Big Town, Ben Platt, Patti Lupone, Sting, Shaggy dan Sam Smith.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2018 @ 1:07 PM