BRUNO Mars muncul semula selepas 4 tahun ‘bertapa’.
BRUNO Mars muncul semula selepas 4 tahun ‘bertapa’.

Empat tahun penyanyi ini menyepi tanpa material, kedudukannya seakan-akan tidak tergugat kerana jelas gawang peminat dan pengikutnya sangat kukuh. Bruno Mars atau nama penuhnya, Peter Gene Hernandez, 31, masih nombor satu di hati ramai.

Kalau ikutkan, untuk rekod kerjayanya yang sekadar bergantung pada muzik semata-mata, berdiam selama tempoh itu mampu menenggelamkan kariernya. Bagaimanapun, sebaliknya yang berlaku apabila dia akhirnya kembali dengan lebih segar.

Berbekalkan single terbarunya 24k Magic, ternyata ia memberikan nafas lega buat seluruh dunia dengan ‘comeback’ berkenaan. Sambutan luar biasa terhadap lagu yang kini unggul di setiap carta hebat itu bukti dia masih pujaan.

Namun, persoalannya, bagaimanakah dia menjaga momentum itu sedangkan beberapa artis lain terkandas?

Bruno sememangnya bergantung penuh terhadap kitaran albumnya yang tidak pernah mengecewakan setakat ini. Meskipun bertahun lamanya dia cuma berselindung sebagai pencipta lagu, kemampuannya sudah disanjungi ketika itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Oktober 2016 @ 5:00 AM