Kamalanathan (empat dari kiri) bersama Aiman (cermin mata hijau) pada pelancaran pakaian seragam sekolah Sweet Aiman Junior. FOTO AMRULLAH ABDUL KARIM
Kamalanathan (empat dari kiri) bersama Aiman (cermin mata hijau) pada pelancaran pakaian seragam sekolah Sweet Aiman Junior. FOTO AMRULLAH ABDUL KARIM
Amrullah Abdul Karim


PENYANYI Aiman Tino mengeluarkan pakaian seragam sekolah dengan jenama Sweet Aiman Junior di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu hari ini.

Pelancaran pakaian sekolah itu disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk P Kamalanathan.

Aiman lancar produk pakaian seragam sekolah. FOTO AMRULLAH ABDUL KARIM
Aiman lancar produk pakaian seragam sekolah. FOTO AMRULLAH ABDUL KARIM

Aiman atau Mohd Aiman Yusri, 19, berkata, pengeluaran pakaian sekolah itu sebagai langkah mempelbagaikan produk keluarannya kerana mahu merealisasikan impiannya bukan saja sebagai penyanyi malah menjadi usahawan muda yang berjaya.

"Aiman memilih pakaian seragam sekolah kerana produk ini sentiasa mendapat permintaan dan mudah untuk dimiliki.

"Hari ini adalah saat paling istimewa bagi Aiman kerana pelancaran produk pakaian seragam ini dilakukan di bekas sekolah Aiman," katanya ditemui selepas pelancaran pakaian sekolah itu, hari ini.

Aiman yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci berkata, produk itu adalah hasil kerjasama strategik antara pihaknya dengan syarikat kosmetik Wonder Glow Cosmetic (M) Sdn Bhd (Wonder Glow) serta Mydin Mohamad Holdings Berhad.

Produk dikeluarkan itu merangkumi baju, seluar dan baju kurung untuk murid sekolah rendah dan menengah.

Pakaian sekolah itu sudah ada di lapan pasar raya Mydin seluruh negara sejak 14 November lalu dan ia dijual pada harga RM21.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 November 2017 @ 9:27 PM