Georgie Joseph

Selepas sekian lama berdiam, penyanyi Juniel mendedahkan dia pernah menjadi mangsa dera bekas kekasihnya.

Perkara itu dikongsinya sewaktu ‘showcase’ album sulungnya selepas empat tahun menyepi.

“Tahun lalu, saya terperap di rumah selama lima bulan kerana sakit. Saya tidak mahu bertemu orang ramai kerana ia masa paling sukar buat saya,” katanya.

Juniel tidak ketinggalan meminta mereka yang menjadi mangsa penderaan agar berani tampil ke depan.

“Jika anda didera pasangan, saranan saya tinggalkan dia secepat mungkin. Jika hubungan diteruskan, ia hanya akan membahayakan diri anda.

“Minta bantuan daripada kawan atau individu terdekat. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang berjaya membebaskan diri daripada hubungan yang cukup menyakitkan itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2017 @ 2:29 AM