Satu lagi iPad dilancarkan syarikat emas Gold & Co yang menyalutnya dengan emas 24 karat di bahagian belakang sebelum dijual pada harga kira-kira RM19,000.

Namun, versi pertama iPad emas terbabit dikatakan akan dilelong terlebih dulu di Timur Tengah.

Syarikat terbabit kini sudah memperkenalkan iPad emas untuk kali ketiga sejak mengeluarkan versi iPad emas pertama, tahun lalu.

Ia sebelum ini pernah menghasilkan iPhone 4S emas dengan harga kira-kira RM15,000 dan BlackBerry 9900s dengan harga kira-kira RM9,000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:00 AM