iPad Pro dipertontonkan kepada umum ketika pelancarannya di San Francisco, California, semalam.
iPad Pro dipertontonkan kepada umum ketika pelancarannya di San Francisco, California, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook memperkenalkan model baru iPhone di San Francisco, California, semalam. FOTO AFP
Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook memperkenalkan model baru iPhone di San Francisco, California, semalam. FOTO AFP
Oleh Afiq Hanif

San Francisco (Amerika Syarikat): Berdasarkan spesifikasi sama dengan model sebelum ini, Apple memperkenalkan iPhone terbaru, 6s dan 6s plus yang mengekalkan reka bentuk bulat di bucu.

Hanya satu warna tambahan iaitu merah jambu yang ditambah pada model kali ini berbanding hitam, kelabu dan emas pada iPhone 6 terdahulu.

Dalam pelancaran di San Francisco, California, semalam, iPhone 6s dan 6s plus yang diperkenalkan akan dipasarkan pada 25 September ini di beberapa negara, namun Malaysia tidak termasuk dalam senarai penerima awal.

Apple lebih banyak menumpukan aspek perisian bagi iPhone baru termasuk rakaman 4K dan resolusi 12MP.

Paling menyerlah, fungsi Force Touch yang membolehkan sentuhan lebih peka bagi fungsi seperti zum dan membuka ikon

Selain iPhone, Apple turut memperkenalkan model baru tablet, iPad Pro yang bersaiz 12.9 inci.

Ia boleh dipasangkan bersama dua aksesori baru, Apple Pencil dan Smart Keyboard yang dijual berasingan.

iPad Pro mempunyai tahap kenipisan 6.9mm dengan empat pembesar suara yang pertama kali diperkenalkan berbanding hanya satu sebelum ini.

Berdasarkan cip pemprosesan A9X 64 bit generasi ketiga, pengguna boleh mengharapkan operasi pantas untuk kerja atau hiburan.

Ia mempunyai jangka hayat bateri yang mampu bertahan selama 10 jam dan mempunyai dua versi setoran iaitu 32GB dan 128GB.

Tablet ini dijual pada harga USD799 (RM3,462.87).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 8:27 AM