Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Kuala Lumpur: Tiga puluh tiga individu, termasuk 13 tahi judi ditahan dalam serbuan Ops Dadu di Ibu Negara, Selangor dan Johor, malam tadi.

Dalam 22 serbuan di tiga negeri itu semua yang ditahan berusia 19 hingga 53 tahun dan polis turut menyita 287 komputer dipercayai digunakan untuk perjudian dalam talian.

Serbuan yang dilakukan Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut merampas wang tunai berjumlah RM2,733.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akau Twitter miliknya mengucapkan syabas kepada STAGG PDRM kerana terus berusha membanteras perjudian.

“Syabas STAGG @Pdrmalaysia semalam gempur lagi pusat judi di Selangor, KL, rampas 287 komputer judi dan tangkap 33 orang termasuk pemain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 November 2015 @ 2:30 PM