ANTARA pusat judi yang diserbu serta komputer yang dirampas. FOTO Twitter/Khalid Abu Bakar
ANTARA pusat judi yang diserbu serta komputer yang dirampas. FOTO Twitter/Khalid Abu Bakar
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG) menggempur pusat judi di seluruh negara dan menahan 703 individu terbabit kegiatan judi serta merampas 4,442 komputer, minggu lalu.

Dalam tempoh berkenaan juga, pasukan khas itu turut menggempur premis yang menjalankan aktiviti maksiat dan menahan 369 pelayan pelanggan (GRO) serta tukang urut.

Kejayaan itu dikongsikan Ketua Polis Negara melalui dua tweet di laman Twitter rasmi miliknya, malam tadi.

"Syabas STAGG @PDRMsia gempur maksiat seluruh negara sepanjang minggu lalu, tangkap 369 orang GRO dan tukang urut. #GoPDRMGo.

"Syabas lagi STAGG @PDRMsia gempur judi seluruh negara, sepanjang minggu lalu. Tangkap 703 orang dan rampas 4422 comp. #GoPDRMGo," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 11:17 PM