ZUCKERBERG bersama isterinya, Priscilla.
ZUCKERBERG bersama isterinya, Priscilla.

Menlo Park (Amerika Syarikat): Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg merancang mengambil cuti selama dua bulan apabila anak sulungnya lahir tidak lama lagi.

Zuckerberg berkata dalam laman Facebook miliknya kelmarin, ibu bapa yang bekerja perlu diberi masa bersama bayi yang baru dilahirkan kerana ia memberi kesan baik kepada bayi dan keluarga.

Menurutnya, keputusan yang diambilnya itu adalah bersifat peribadi.

Zuckerberg pada Julai lalu mengumumkan bahawa isterinya, Priscilla Chan hamil anak perempuan selepas tiga kali keguguran.

“Kami kini bersedia dengan kelahiran anak pertama kami ini,” katanya tanpa memberitahu bila Priscilla dijangka melahirkan bayi itu.

Syarikat Facebook Inc. yang berpangkalan di sini memberi pekerjanya cuti bersalin sehingga empat bulan dengan dibayar gaji penuh.

Facebook antara firma Internet di Amerika Syarikat yang memberikan cuti bersalin yang panjang kepada pekerja.

Syarikat Netflix Inc. pula memberi cuti sehingga setahun kepada pekerjanya yang melahirkan anak atau mengambil anak angkat. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2015 @ 5:16 AM