CIRI baru Facebook Messenger. FOTO Facebook
CIRI baru Facebook Messenger. FOTO Facebook
Reuters

Menlo Park (Amerika Syarikat): Facebook Inc mengumumkan ciri baru bagi aplikasi Messenger pada Isnin yang membolehkan pengguna berkongsi lokasi secara langsung selama sejam.

Apabila pengguna Messenger berkongsi maklumat itu, rakannya turut dapat memerhatikan pergerakannya secara langsung selama 60 minit.

Namun, perkongsian lokasi pengguna tidak diwajibkan.

Ketua produk bagi Messenger, Stan Chudnovsky berkata, Facebook mendapati lokasi pengguna antara pertanyaan paling popular ketika perbualan dengan rakan dan ahli keluarga.

Katanya, Facebook menguji ciri baru ini di Mexico dan bersedia sejak Oktober lalu.

Bagaimanapun, selama lima bulan lalu, ia berusaha mengurangkan impak terhadap bateri telefon pintar.

Chudnovsky berkata, ciri ini boleh digunakan untuk memudahkan komunikasi dengan rakan atau bagi tujuan keselamatan.

“Lebih banyak produk boleh dihasilkan berdasarkan ciri ini,” katanya.

Ciri baru ini akan disediakan untuk pengguna Facebook Messenger di seluruh dunia, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mac 2017 @ 8:45 AM