ZUCKERBERG di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California pada September 2015. FOTO Reuters
ZUCKERBERG di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California pada September 2015. FOTO Reuters
Reuters

Dallas (Amerika Syarikat: Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg menafikan unit Facebook, Oculus mencuri teknologi realiti maya (VR) daripada penerbit permainan video, ZeniMax Media Inc.

Zuckerberg membuat penafian itu ketika memberi testimoni selama lebih sejam dalam kes tuntutan awam oleh ZeniMax di Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa.

ZeniMax menyaman Oculus pada 2014 ketika Facebook dalam proses membelinya .

ZeniMax mendakwa Oculus menggunakan harta inteleknya tanpa kebenaran bagi menghasiklan sistem VR termasuk peranti Rift.

Zuckerberg memberitahu juri: "Saya berada di sini kerana saya percaya dakwaan mereka palsu dan ia adalah penting untuk memberi keterangan.

"Produk Oculus adalah berdasarkan kepada teknologi Oculus," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 January 2017 @ 7:27 AM