ADHWA yakin dia diterima kerana bakat bukan faktor rupa atau imej.
ADHWA yakin dia diterima kerana bakat bukan faktor rupa atau imej.
Oleh Wahi Aziz


Empunya badan sendiri berasa pelik dan terkejut dengan sokongan luar biasa diterimanya dalam tempoh kurang setahun bergelar pelakon.

Itulah yang dialami pelakon baru Nadzmi Adhwa Nor Adzmi atau mesra disapa Adhwa ini.

Menurut jejaka berusia 23 tahun ini, keadaan itu tercetus berikutan pembabitannya dalam drama bersiri Hati Perempuan di TV3 beberapa bulan lalu.

Nama Adhwa menjadi sebutan gara-gara watak Tengku Zaqif yang dibawanya dalam drama berkenaan yang turut dibintangi Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam, Aidil Aziz, Bella Nazari dan Hafeez Mikail itu.

Adhwa sebenarnya tidak menyangka dia boleh menjadi popular menerusi drama itu dan menganggapnya sebagai perkara pelik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 November 2015 @ 5:02 AM