NADZMI Adhwa (kanan) bersama Datuk Rosyam Nor.
NADZMI Adhwa (kanan) bersama Datuk Rosyam Nor.
Rudy Imran Shamsudin

Sejak berusia enam tahun, pendatang baru dalam dunia lakonan, Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 25, sudah mengenali pelakon Datuk Rosyam Nor.

Ketika itu filem Berlari Ke Langit dibintangi Rosyam bersama Lis Dawati ditayangkan di pawagam dan Nadzmi tidak ketinggalkan menontonnya. Sejak itu, dia menyimpan impian mahu mengikut langkah Rosyam menjadi pelakon.

Berkongsi cerita mengenai pelakon diminati, Nadzmi akui Rosyam yang pernah menang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali memberi inspirasi kepadanya hingga kini bergelar pelakon.

Pelakon drama bersiri Roller Coaster itu berkata, dia tidak tahu sama ada ia secara kebetulan atau tidak tetapi apabila melihat Rosyam berlakon sedikit sebanyak menanam minatnya untuk menyertai dunia seni.

“Sewaktu belajar di Victoria Institution, ada dua perkara yang saya suka iaitu dunia seni dan bola sepak. Namun, bola sepak lebih dekat dengan diri saya kerana waktu itu saya jadi pemain pelapis untuk pasukan Kuala Lumpur.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 5:06 AM