MANGSA ditemui tergantung oleh orang ramai.
MANGSA ditemui tergantung oleh orang ramai.
Oleh Mohd Hasbi Sidek

Kapar: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai menggantungkan diri pada pokok di Jalan Sungai Putus, Batu Belah, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa, Lee Hoong, 67, ditemui tergantung oleh orang ramai yang melalui di lokasi berkenaan sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, pihaknya mengarahkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) ke lokasi mangsa masih tergantung pada dahan pokok.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berikutan tidak terdapat sebarang kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

"Dipercayai mangsa datang seorang diri ke lokasi dengan menaiki kereta sebelum meletakkan tangga dan memasang tali pada dahan setinggi kira-kira tiga meter," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 3:49 PM