Samsung bersedia melancarkan jam pintar terbaru, Gear S2 dengan versi biasa dan klasik pada harga RM1,399 serta RM1,599 bermula 27 November ini.

Manakala tempahan boleh dilakukan bermula Jumaat ini dengan beberapa tawaran menarik seperti pengecas tambahan percuma bagi 500 tempahan pertama.

S2 memiliki skrin bersaiz 1.2 inci dengan beroperasi pada OS Tizen yang turut menggunakan pemprosesan Exynos 3250 dual core 1GHz bersama RAM 512MB.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GEAR S2

Harga: RM1,399 / RM1,599 (Classic)

Skrin: 1.2 inci, Super AMOLED, 360 x 360, 302ppi

Pemprosesan: Dual Core 1GHz

OS: Tizen

Ciri: IP68

Sambungan: WiFi 802.11 b/g/n, Bluetooth, NFC

Storan: 4GB

RAM: 512MB

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 November 2015 @ 5:02 AM