Afiq Hanif


Samsung Malaysia Electronics (SME) akan menjual dua telefon pintar hangat mereka, Galaxy S8 dan S8+ bermula 5 Mei dengan tiga lokasi jerayawara (roadshow) di pusat beli-belah Sunway Pyramid (Lembah Klang), Queensbay (Pulau Pinang) dan Sutera (Johor Bahru) hingga 7 Mei ini.

Selain itu, 76 stor Samsung Experience Stores (SES) turut menyertai kempen promosi tiga hari itut yang membolehkan pengguna memperoleh kit pemula edisi terhad mengandungi pelindung skrin, cover, stand pengecas tanpa wayar, kabel USB-C dan pek bateri 5100mAh secara percuma.

Pengguna yang mengunjungi jerayawara juga berpeluang mendapatkan promosi pembelian-dengan-pembelian eksklusif apabila boleh mendapatkan Gear VR (dengan alat kawalan berharga RM499) dan Gear 360 baru (RM999) dengan 50 peratus potongan harga dengan setiap pembelian Galaxy S8 atau S8+.

Bukan itu saja yang ditawarkan SME, kempen ‘Trade-up’ bagi menukar telefon lama anda kepada Galaxy S8 atau S8+.

Kedua-dua peranti terbabit menyaksikan Samsung mengubah skrin depannya daripada 16:9 kepada 18.5:9. Sedikit memanjang sekali gus menambah keseluruhan skrin seolah-olah tanpa bezel.

S8 mempunyai kelajuan pemprosesan octa core (2.3GHz Quad + 1.7GHz Quad), 64-bit dan 10nm untuk pasaran Malaysia sudah cukup mengujakan yang membolehkan beberapa aplikasi sosial atau game dibuka atau dimainkan tanpa masalah ‘lag’.

Pemprosesan terbabit juga dibantu RAM 4GB jenis LPDDR4. Selain itu, ia datang dengan storan 64GB dan jika anda masih tidak berpuas hati dengan storan yang ada, tambahnya melalui kad microSD sehingga 256GB.

Bagi kamera, keupayaannya bergantung kepada kamera Dual Pixel 12MP OIS (f1.7) dan kamera depan 8MP AF (f1.7).

Samsung Galaxy S8 mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh manakala S8+ datang bersama bateri 3500mAh.

S8 bersaiz 148.9 x 68.1 x 8.0mm dengan berat 152g sementara S8+ pula bersaiz 159.5 x 73.4 x 8.1mm bersama berat 173g.

Pengimbas cap jari juga kini di bahagian belakang dengan penambahan baru berbanding pengesan mata, Samsung kini datang bersama pengesan wajah. Sebaik butang home disentuh, kamera depan pantas mengesan wajah sebelum membuka telefon terbabit.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GALAXY S8

HARGA: RM3,299

OS: Android 7.0

RANGKAIAN: LTE Cat.16

SAIZ: 148.9 x 68.1 x 8.0mm

BERAT: 152g

PEMPROSESAN: octa core (2.3GHz quad + 1.7GHz quad), 64 bit, 10nm

MEMORI: 4GB LPDDR4

STORAN: 64GB (UFS 2.1)

PAPARAN: 5.8 inci Quad HD+, 570ppi

KAMERA: Dual Pixel 12MP OIS (f1.7)

KAMERA DEPAN: 8MP AF (f1.7)

BATERI: 3000mAh, Fast Charging

Samsung Pay: NFC, MST

SAMSUNG GALAXY S8+

HARGA: RM3,699

OS: Android 7.0

RANGKAIAN: LTE Cat.16

SAIZ: 159.5 x 73.4 x 8.1mm

BERAT: 173g

PEMPROSESAN: octa core (2.3GHz quad + 1.7GHz quad), 64 bit, 10nm

MEMORI: 4GB LPDDR4

STORAN: 64GB (UFS 2.1)

PAPARAN: 6.2 inci Quad HD+, 529ppi

KAMERA: Dual Pixel 12MP OIS (f1.7)

KAMERA DEPAN: 8MP AF (f1.7)

BATERI: 3500mAh, Fast Charging

SAMSUNG PAY: NFC, MST

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 1:03 PM