AIGROZ  melepasi garisan penamat.
AIGROZ melepasi garisan penamat.
Oleh Hamzah Osman


Langkawi: Persaingan sengit hingga ke garisan penamat memihak kepada Mike Aigroz dari Switzerland apabila muncul juara baru kategori lelaki Ironman Malaysia Langkawi 2015, di sini, kelmarin.

Aigroz, yang juga pemenang tempat ketiga Ironman Mallorca, Pittsburgh, Amerika Syarikat tahun lalu tiba di garisan penamat dengan catatan 8 jam 52 minit 02 saat, hanya 10s lebih pantas daripada pemenang tempat kedua Fredrik Croneborg (Sweden).

Tempat ketiga milik Harry Wiltshire dari Great Britain dengan catatan 8:55:01s.

Kemenangan itu membolehkan Aigroz membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira AS$8,000 (RM35,000) 000), manakala Fredrik dan Harry pula masing-masing membawa pulang AS$4,000 (RM17,500) dan AS$3,000 (RM13,100).

Sementara itu, bagi kategori wanita, peserta Jerman yang juga juara bertahan, Diana Riesler sukar digugat lawan apabila sekali lagi mempertahankan mahkota kejuaraannya dengan catatan 09:37:06s.

Tempat kedua milik Gurutze Frades dari Sepanyol dengan 9:49:09s, manakala Natascha Badmann (Switzerland) ketiga 9:54:07s.

Seramai 885 peserta daripada 38 negara mengambil bahagian dalam cabaran itu dengan setiap tritalit perlu menamatkan tiga disiplin membabitkan berenang 3.6 kilometer (km), berbasikal 180.25km dan larian 42.2km dalam masa 17 jam.

Daripada jumlah itu, hampir 60 atlet profesional turut menyertai saingan kali ini bagi melayakkan diri ke pusingan akhir Kejohanan Ironman Dunia di Kona, Hawaii tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 November 2015 @ 8:43 AM