Lelaki menutup kepala mereka berikutan cuaca panas melanda New Delhi. FOTO AFP
Lelaki menutup kepala mereka berikutan cuaca panas melanda New Delhi. FOTO AFP
Bernama-Anadolu

New Delhi: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu.

"Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini (Rabu) merekodkan suhu maksimum 52.3 darjah Celsius (°C). Ini adalah suhu maksimum tertinggi di Delhi setakat ini," kata pegawai di Jabatan Meteorologi India, Kuldeep Srivastava, lapor Agensi Anadolu.

Beberapa bandar lain di India pada Selasa turut mencatat suhu melebihi 49°C dengan Churu di negeri Rajasthan barat mencapai 50.5°C.

Jabatan Meteorologi India berkata "gelombang haba kepada keadaan gelombang haba teruk" dijangka berkurangan secara beransur-ansur di Barat Laut dan Tengah India mulai Khamis.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 12:08 AM