ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa dibunuh di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri, Cheras. FOTO ihsan China Press
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa dibunuh di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri, Cheras. FOTO ihsan China Press
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis kini dalam proses memohon reman terhadap dua suspek beradik dalam kejadian bunuh ibu mereka di Apartmen Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainudin Ahmad berkata, permohonan reman akan dibuat hari ini.

Menurutnya permohonan reman dibuat bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kematian ibu mereka yang mayatnya ditemui dengan kesan lebam, bengkak dimuka dan kepala di Apartmen berkenaan.

Suspek yang berusia 25 dan 22 tahun ditahan berikutan penemuan mayat Wan Yah Wan Mat, 63, di ruang tamu di rumah di tingkat 16 apartmen berkenaan.

Berita berkaitan

Mayat ibu di sisi, dua anak ditahan: http://hmtro.com/1SFzs0U

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 1:42 PM