TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Port Dickson. FOTO Iqmal Haqim Rosman
TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Port Dickson. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Oleh Alias Abd Rani


Port Dickson: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 24 November ini sebagai tarikh sebutan semula terhadap Miza Ezari Imran, 23, atas pertuduhan membunuh abangnya Helmizi, 33, pada 5 Oktober lalu.

Majistret M Mageshwary menetapkan tarikh berkenaan sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.

Tertuduh yang juga bekerja sebagai tukang cat kereta di Johor Baru didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Tertuduh memakai baju lokap jingga kelihatan tenang ketika pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh abangnya di rumah mereka di Kampung Chuah, di sini dengan menikam menggunakan pisau.

Berita berkaitan:

> Adik tikam abang serah diri: http://hmtro.com/1VD9V8H

> Minta adik tikam abang tidak ditahan: http://hmtro.com/1QVHf9D

> Tergamak kau dik!: http://hmtro.com/1PscQCk

> Abang mati ditikam adik: http://hmtro.com/1NPpivV

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 12:36 PM