Oleh Muhaamad Hafis Nawawi dan Omar Osman


Sungai Petani: Wanita berusia 34 tahun yang mengelar dua anak lelakinya semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkanMajistret Mohd Izham Ali yang tiba di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, suspek direman bermula hari ini hingga 8 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek kini masih menerima rawatan di hospital kerana turut mengalami kecederaan di pergelangan tangan.

Harian Metro hari ini melaporkan dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lima tahun maut selepas dikelar di leher oleh ibunya di kediaman mereka di Taman Wira Indah, di sini, semalam.

Berita berkaitan

Dua beradik disembelih ibu: http://hmtro.com/1lrTd0U

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 12:46 PM
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang dipercayai dibunuh ibu mereka dalam kejadian bunuh diTaman Wira Indah disini semalam.STR/Omar Osman
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa yang dipercayai dibunuh ibu mereka dalam kejadian bunuh diTaman Wira Indah disini semalam.STR/Omar Osman