Oleh Norhayati Nordin
[email protected].

Kalau dinilai pada pakej dirinya, penyanyi Musim Asmara, Soo Wincci boleh dianggap seorang wanita sempurna. Dia bukan saja jelita, bijak dan berbakat tetapi juga handal di dapur.

Menariknya lagi mengenai sisi peribadi bekas peserta Miss World 2008 ini sudah pasti sikapnya yang suka merendah diri.

Selain itu, dia juga seorang yang mudah mesra.

Walau di mana jua dia berada, tidak sukar untuk mendapatkan kerjasamanya. Dia begitu komited dengan tuntutan kariernya sebagai 'public figure'.

Berulang-alik antara Malaysia dan Taiwan demi membina nama dalam karier nyanyian, Wincci, 29, juga tak lupa tanggungjawabnya pada pelajaran. Tidak lama lagi, Wincci bakal menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang perniagaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 November 2014 @ 5:00 AM