WINCCI alami kulit wajah sensitif hingga rawatan di pusat kecantikan pun tidak membantu.
WINCCI alami kulit wajah sensitif hingga rawatan di pusat kecantikan pun tidak membantu.
Norhayati Nordin


Mula menceburi dunia glamor pada usia 16 tahun menyebabkan model, penyanyi dan pelakon Soo Wincci, 30, akur dia kini mengalami masalah kulit.

Pun begitu, Wincci sama sekali tidak berdiam diri tanpa memikir altenatif rawatan sesuai untuk memulihkan kulit wajahnya.

Berkongsi tip digunakan untuk merawat masalah kulit itu, Wincci berkata, kini dia serasi menggunakan kulit tembikai.

Dia akui masalah dialami teruk kerana kulit wajahnya sensitif hinggakan rawatan di pusat kecantikan pun tidak membantu.

Katanya, daripada membazir wang begitu saja lebih baik dia usaha sendiri mencari rawatan alternatif yang sesuai.

“Mujur sejak beberapa bulan lalu kulit saya kembali pulih dan makin sihat selepas menggunakan kulit tembikai. Kini saya hanya pastikan mencuci muka dan sebelum tidur tidak lupa letak kulit tembikai menutupi wajah hingga pagi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 January 2017 @ 5:04 AM