Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Lebih satu juta pengguna rokok elektronik (e-rokok) termasuk vape dikesan di seluruh negara dalam tempoh setahun, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, kementerian amat bimbang dengan perkembangan tersebut.

Sehubugan itu, katanya, kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan cukai eksais ke atas rokok jenis itu beikutan perisanya mengandungi nikotin.

"Kalau e-rokok yang mempunyai nikotin, kami mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk memberi layanan sama macam rokok maknya kalau rokok dikenakan cukai eksais maka e-rokok pun kena cukai eksais.

"Nikotin ialah bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952. Sesiapa yang menjual nikotin perlu memohon permit daripada Biro Farmasi, jika tiada permit ia adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Sebelum ini, kementerian akan melancarkan operasi rampasan perisa vape yang mengandungi nikotin kerana penjualan tanpa kebenaran bahan itu menyalahi undang-undang di bawah Akta Racun dan Akta Makanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 9:45 PM