Oleh Nabihah Kamal


Kuala Lumpur: Taktik empat lelaki yang menyembunyikan dadah bernilai RM6 juta di dalam beg tangan terbongkar dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di Puchong, Selangor, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, 47 kilogram dadah dipercayai jenis syabu di dalam 159 beg tangan dirampas dalam serbuan itu.

Katanya, dadah itu akan dipasarkan ke luar negara oleh sindiket berkenaan.

"Sindiket dianggotai oleh tiga warga Nigeria dan seorang warga tempatan berusia 30 hingga 36 tahun.

"Dadah itu diperoleh dari China sebelum mereka merancang memasarkan semula ke Indonesia dan Australia," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, petang tadi.

Semua yang ditahan direman selama tujuh hari sehingga 11 November ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 4:58 PM