DADAH yang disembunyikan dalam bungkusan bijiran makanan.
DADAH yang disembunyikan dalam bungkusan bijiran makanan.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Helah sindiket dadah didalangi warga Nigeria menyembunyikan dadah di dalam bungkusan bijirin makanan gagal apabila pasukan STING Bukit Aman berjaya mengagalkan cubaan mereka menyeludup dadah.

Dalam serbuan bermula jam 1.30 petang Jumaat lalu, polis berjaya menahan sembilan lelaki Nigeria, seorang wanita Tanzania dan seorang tempatan berusia 24 hingga 54 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan dijalankan di sekitar Lembah Klang dan melumpuhkan sindiket itu dengan penahanan dua ketua sindiket yang berpengaruh di Asia Tenggara.

"Kita turut merampas dadah jenis syabu seberat 30.3 kilogram bernilai RM3 juta di terminal kargo Lapangan Terbang Antara Kuala Lumpur (KLIA ).

"Dadah yang diseludup ini untuk pasaran tempatan dan negara jiran," katanya kepada pemberita pada sidang media sebentar tadi.9

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Oktober 2014 @ 1:02 PM