KERETA rosak akibat dihempap susulan hujan lebat dan angin kencang di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
KERETA rosak akibat dihempap susulan hujan lebat dan angin kencang di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor : Tiga kenderaan rosak dihempap pokok ekoran hujan lebat dan angin kencang di Apartment Sri Kemboja, Bukit Sentosa, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.59 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati sebatang pokok menghempap tiga kereta, iaitu dua Perodua Myvi dan satu Proton Wira di kawasan parkir.

"Pemeriksaan mendapati tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu," katanya.

Menurutnya, kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok sedang dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2024 @ 6:38 PM