ERDOGAN selepas membuang undi di Istanbul, Turki pada 1 November. FOTO Reuters
ERDOGAN selepas membuang undi di Istanbul, Turki pada 1 November. FOTO Reuters
Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Perdana Menter, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Presiden Tayyip Erdogan selepas Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang diasaskannya menang besar pada pilihan umum Turki, Ahad lalu.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap hubungan dua hala antara Malaysia dan Turki dapat diperkukuhkan.

“€œTahniah @RT Erdogan atas kemenangan pada pilihan raya Turki. Saya berharap Malaysia-Turki dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala,”€ kata beliau dalam Twitter, hari ini.

AKP meraih kemenangan di luar jangkaan dalam pilihan raya umum negara itu pada Ahad sekali gus mengembalikan pentadbiran satu parti yang meningkatkan kuasa Erdogan selaku pengasas parti.

Bagaimanapun, peningkatan kuasa presiden juga dilihat mungkin melebarkan lagi jurang sosial di negara itu.

AKP menguasai hampir 50 peratus undian, cukup selesa untuk mendapat majoriti, 316 daripada 550 kerusi Parlimen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2015 @ 5:41 PM