PENYOKONG pembangkang yang menunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Kamu bukan presiden kami’ ketika membantah keputusan pungutan suara Turki di Istanbul,  semalam.  - EPA
PENYOKONG pembangkang yang menunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Kamu bukan presiden kami’ ketika membantah keputusan pungutan suara Turki di Istanbul, semalam. - EPA

Ankara: Parti pembangkang utama Turki smalam akan mengemukakan secara rasmi kepada Lembaga Pilihan Raya Tertinggi (YSK) negara itu untuk menuntut supaya ia membatalkan keputusan pungutan suara yang memberikan kuasa baru yang lebih meluas kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Timbalan Parti Rakyat Republikan (CHP), Bulent Tezcan akan mengemukakan tuntutan itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan parti berkenaan.

Parti itu mendakwa pungutan suara yang diadakan Sabtu lalu dicemari dengan penipuan apabila lembaga berkenaan menerima kertas undi dalam sampul surat yang tidak mempunyai cop rasmi.

Erdogan memenangi pungutan suara itu dengan 51.41 peratus undi tetapi kemenangannya dibayangi dengan dakwaan penipuan serta tunjuk perasaan di beberapa kawasan di Istanbul.

Bercakap kepada wartawan selepas satu mesyuarat di Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Ankara, Perdana Menteri Binali Yildirim berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan itu, termasuk parti pembangkang. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 5:04 AM