Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Kualiti udara di seluruh negara pagi ini semakin baik dan tiada kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Bacaan setakat 8 pagi tadi menunjukkan sembilan kawasan mencatatkan bacaan sederhana manakala 43 lokasi lain berada pada tahap baik.

Kawasan yang merekodkan bacaan IPU sederhana di bawah 100 pagi ini ialah Pasir Gudang, Bakar Arang (Sungai Petani), Bukit Rambai, Kampung Air Putih (Taiping), Seberang Jaya 2, Perai, Universiti Sains Malaysia (USM), Kota Kinabalu, Pelabuhan Kelang dan Shah Alam.

Selain itu, kualiti udara di Lembah Klang juga semakin baik dengan bacaan di Batu Muda, Cheras dan Putrajaya masih di bawah 50.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU terkini seluruh negara, layari laman web apims.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 11:58 AM
KUALITI udara sekitar Kuala Lumpur semakin pulih. FOTO Yazit Razali
KUALITI udara sekitar Kuala Lumpur semakin pulih. FOTO Yazit Razali