SUASANA di sekitar Lebuhraya Persekutuan menuju pusat bandar berhampiran Batu Tiga, Shah Alam, pagi ini. FOTO Rosdan Wahid
SUASANA di sekitar Lebuhraya Persekutuan menuju pusat bandar berhampiran Batu Tiga, Shah Alam, pagi ini. FOTO Rosdan Wahid
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Kualiti udara di seluruh negara pagi ini semakin baik apabila hanya dua kawasan saja merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat melebihi 100.

Setakat 8 pagi tadi, Port Dickson mencatatkan bacaan 105 dan Langkawi, 103.

Manakala 37 kawasan lain termasuk Pasir Gudang, Bandaraya Melaka, Seri Manjung, Perai, Banting, Pelabuhan Kelang dan Shah Alam masing-masing merekodkan bacaan IPU tahap sederhana di bawah 100.

Bacaan IPU sederhana turut dicatatkan di Putrajaya (78), Batu Muda (70) dan Cheras (78).

Selain itu, kualiti udara di seluruh Sabah, Sarawak dan Labuan juga masih kekal di tahap baik iaitu di bawah bacaan 50.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Bacaan semasa IPU boleh didapati di laman Web Jabatan Alam Sekitar di http://apims.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2015 @ 9:52 AM