LELAKI melintas jalan di hadapan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang dilanda jerebu. FOTO Sairien Nafis
LELAKI melintas jalan di hadapan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang dilanda jerebu. FOTO Sairien Nafis
PELAJAR Fakulti Pengajian Bahasa Utama (dari kanan) Muhammad Thaqif Abraqi, 19; Nik Ahmad Hafiz Nik Ahmad Suffian, 20; dan Muhammad Shauqi Hadi, 19, berjalan menuju ke fakulti pengajian dengan menggunakan topeng muka berikutan keadaan jerebu di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai. FOTO Iqmal Haqim Rosman

KEADAAN berjerebu pada 8.30 pagi di Sekitar Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
KEADAAN berjerebu pada 8.30 pagi di Sekitar Putrajaya. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Putrajaya, Banting, Pelabuhan Klang, dan Nilai adalah antara lokasi yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat tertinggi sehingga 7 pagi ini.

Banting merekodkan bacaan IPU 175, Pelabuhan Klang(162), Putrajaya (163) dan Nilai (170).

Di ibu negara, kualiti udara pagi ini masih tiada perubahan kekal pada tahap tidak sihat dengan bacaan terkini di Batu Muda, 156 manakala Cheras, 149.

Selain itu, 21 kawasan lagi termasuk Larkin Lama, Muar, Pasir Gudang, Bandaraya Melaka, Bukit Rambai,Port Dickson, Seremban, Kuantan, Ipoh, Taiping, Sri Manjung,  Universiti Sains Malaysia dan Shah Alam juga merekodkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 100.

Di seluruh Sabah pula, kualiti udara pagi ini berada pada tahap sederhana.

IPU 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Untuk maklumat lanjut mengenai bacaan IPU terkini seluruh negara, layari laman web apims.doe.gov.my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2015 @ 11:02 AM