Mangsa ditemui tertiarap di tepi landasan kereta api. FOTO ihsan PDRM
Mangsa ditemui tertiarap di tepi landasan kereta api. FOTO ihsan PDRM
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Lelaki maut dilanggar kereta api ketika melintas landasan kereta api itu di Kilometer 755.25 berdekatan pusat membeli-belah Danga City Mall, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, R Sundranlogan, 56, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, perut, pinggang serta kedua-dua kaki.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan itu dikatakan berjalan seorang diri untuk melintas landasan kereta api itu.

"Ketika melintas, datang sebuah kereta api ekspres yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Johor Bahru.

"Mangsa yang berasal dari Simpang Renggam dekat sini ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira lima meter daripada landasan kereta api itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 4:48 PM