MAMU pada sidang media di Pejabat Jeti APMM Teluk  Kalong  Kemaman. FOTO Shamsudin Husin
MAMU pada sidang media di Pejabat Jeti APMM Teluk Kalong Kemaman. FOTO Shamsudin Husin
Oleh Shamsudin Husin


Chukai: Dua puluh bot nelayan asing yang dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Jeti Teluk Kalong, Kemaman akan dilupuskan secara berperingkat untuk dijadikan tukun tiruan.

Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Mamu Said Alee berkata, proses pelupusan mengambil masa sehingga enam bulan atau paling singkat tiga bulan bergantung keperluan pihak berkaitan seperti Jabatan Perikanan.

Menurutnya, pihaknya perlu berbincang dengan Jabatan Perikanan termasuk mengenal pasti lokasi sesuai melupuskan bot terbabit.

"Jeti APMM Teluk Kalong adalah antara jeti yang menempatkan bot nelayan asing yang ditahan terutamanya di perairan selatan Terengganu dan yang bersempadan dengan Pahang.

"Kalau boleh kita tidak mahu menyimpan lama bot nelayan yang ditahan itu bagi mengelakkan kesesakan kerana perlu menempatkan bot baru ditahan," katanya ketika sidang media di Jeti APMM Teluk Kalong, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 1:47 PM