REKOD IPU di laman Web Jabatan Alam Sekitar.
REKOD IPU di laman Web Jabatan Alam Sekitar.
Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus


Kuala Lumpur: Kualiti udara di seluruh negara awal pagi ini secara keseluruhannya berada pada tahap baik dan sederhana.

Bacaan terkini Indeks PencemaranUdara (IPU) setakat 8 pagi tadi menunjukkan hanya satu kawasan iaitu Pasir Gudang merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 105.

Manakala 35 kawasan lain termasuk Kota Tinggi, Larkin Lama, Alor Setar, Bandaraya Melaka, Nilai, Seremban, Seri Manjung, Seberang Jaya 2, Shah Alam, Pelabuhan Kelang, Kota Kinabalu, Tawau, Kuching dan Sibu merekodkan bacaan sederhana.

Selain itu, kawasan Batu Muda, Cheras dan Putrajaya turut mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana.

Kawasan lain di Langkawi, Kangar, Perai, Kuantan, Bintulu, Kemaman dan Labuan pula merekodkan kualiti udara lebih baik dengan bacaan IPU di bawah 50.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Oktober 2015 @ 10:10 AM