GAUN dengan padanan kardigan labuh memberikan gaya segar kepada si pemakai.
GAUN dengan padanan kardigan labuh memberikan gaya segar kepada si pemakai.
PERINCIAN renda secara bertingkat sesuai untuk gadis langsing.
PERINCIAN renda secara bertingkat sesuai untuk gadis langsing.
POTONGAN kurung moden dengan tampalan bunga pada bahagian sisi baju memberikan imej tersendiri.
POTONGAN kurung moden dengan tampalan bunga pada bahagian sisi baju memberikan imej tersendiri.
EZUWAN (tengah) mendukung anaknya, Izmail bergambar bersama barisan model yang menjayakan pertunjukan fesyen Hello Raya 2016.
EZUWAN (tengah) mendukung anaknya, Izmail bergambar bersama barisan model yang menjayakan pertunjukan fesyen Hello Raya 2016.
Siti Zarinah Sahib


Setiap wanita pastinya mengimpikan sepasang busana indah untuk dipakai pada setiap acara yang dihadiri mereka. Penampilan yang sempurna akan menyerlahkan keanggunan wanita terutama apabila rekaan itu menepati cita rasa mereka.

Bagi memenuhi keinginan wanita, pereka Ezuwan Ismail tampil dengan helaian busana yang cukup teliti dari aspek perincian rekaan, keselesaan serta trend warna musim 2016 sempena pertunjukan fesyen yang diadakan di Publika, baru-baru ini.

Tahun ini koleksi Hello Raya 2016 menerapkan beberapa elemen suntikan moden dari aspek penggunaan fabrik, perincian sulaman manik dan pemilihan warna.

Sebagai memenuhi selera wanita, Ezuwan meneliti beberapa perincian rekaan inspirasi daripada arus trend permodenan masa kini agar setiap busana sesuai untuk semua peringkat usia.

Sebagai pereka, Ezuwan bijak memilih fabrik untuk diaplikasikan pada setiap helaian busana. Penggunaan fabrik neo prene diadaptasi kepada helaian busana hari raya Ezuwan Ismail Kuala Lumpur (EIKL). Begitu juga dengan sifon yang bersifat lembut dan beralun cantik apabila digayakan sesuai untuk mereka yang berpersonaliti lembut.

Perincian manik dan teknik lipatan pada busana diberi nafas baru dengan garapan menerusi penghasilan 15 koleksi raya.

Ezuwan juga masih mengekalkan rona terang seperti biru elektrik yang bakal menjadi ikutan. Begitu juga warna nude serta beberapa rona pastel yang masih menjadi dejavu setiap kali koleksi raya EIKL dilancarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2016 @ 5:00 AM