Simpang Pulai: Tiga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 283, Lebuhraya PLUS, arah selatan, berhampiran Simpang Pulai, kira-kira 9.30 pagi tadi membabitkan tiga sekeluarga, iaitu bapa, anak dan anak saudara.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Fazli Malijan, 38, anaknya, Mohamad Shamsul, 14 dan anak saudaranya, Mohammad Amirul Hakimi Abdullah,15 yang menaiki kereta Proton Wira.

Mereka dari Kota Bharu, Gopeng Perak.

Dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan itu, empat lagi turut cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 3:51 PM