TOGIMIN dan Saadah (depan) bersama anak-anak dan pasangan masing-masing. FOTO Adnan Ibrahim
TOGIMIN dan Saadah (depan) bersama anak-anak dan pasangan masing-masing. FOTO Adnan Ibrahim
Oleh Adnan Ibrahim


Simpang Renggam: Togimin Mokibat, 62, turut diraikan pada majlis persandingan empat anaknya yang diadakan sekali gus di rumahnya di Kampung Parit Haji Hassan, di sini, kelmarin.

Togiman yang berkahwin buat kali kedua dengan pasangannya, Saadah Mahbob, 45, pada hujung Mac lalu mengadakan majlis persandingan serentak empat anaknya iaitu Siti Zainab, 38, Mohd Ariff, 29, Mohd Salleh, 27, dan anak bongsunya, Amierul Iklil, 22.

Menurutnya, Mohd Salleh dan Amierul Iklil melangsungkan pernikahan dan bersanding di rumah keluarga perempuan pada penghujung Mei lalu manakala Mohd Arif yang bernikah pada hari ketiga Aidilfitri dan Siti Zainab melangsungkan pernikahan kelmarin.

“Majlis hari ini akan menjadi kenangan seumur hidup kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 9:41 PM