Kemalangan mengorbankan tiga nyawa  di Kilometer 283, Lebuhraya PLUS , arah selatan, berhampiran Simpang Pulai, kira-kira 9.30 pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Kemalangan mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 283, Lebuhraya PLUS , arah selatan, berhampiran Simpang Pulai, kira-kira 9.30 pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Oleh Asrizal Aris

Simpang Pulai : Tiga maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 283, Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Simpang Pulai, kira-kira 9.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.46 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai bersama jentera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati kemalangan membabitkan empat kereta, lori dan motosikal dengan tujuh mangsa kesemuanya.

"Maklumat awal mendapati terdapat empat mangsa mengalami kecederaan dan tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak petugas ambulans," katanya.

Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 12:08 PM