Anak ialah anugerah yang berharga kepada setiap pasangan. Kurniaan ini perlu dihargai dengan memberi penekanan terhadap perkembangannya sejak awal kehamilan sehingga selepas kelahiran.

Buku Tahniah, Anda Hamil ini hadir untuk membantu semua golongan masyarakat khususnya para ibu dalam mengetahui proses kehamilan yang betul dan penjagaan bayi menurut peringkat umur sehingga usia tiga tahun.

Apabila kaedah didikannya benar-benar dilaksanakan mengikut kombinasi antara acuan Islam serta kaedah semasa, mudah-mudahan anak itu membesar dengan baik dan menjadi seorang Muslim yang sejati.

INFO

- Judul: Tahniah, Anda Hamil

- Penulis: Muhammad Yusuf A Kadir, Mohammad Rizalmazli Salim, Siti Fairuz Zulkefeli dan Muhammad Mawardi Zakaria

- Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd

- Harga: RM69

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 11:06 AM