Kisah songsang artis lelaki ini hanya segelintir pihak mengetahuinya. Dek gaya hidup seharian yang dipamer berjaya mengaburi mata masyarakat terutama peminat.

Memiliki bentuk tubuh sasa dan wajah tampan membuatkan dia digilai anak gadis. Sebagai artis dia perlu menerima semua situasi itu walau dalam waktu sama dia turut rimas.

Bagi SS, itu perkara biasa dalam hidup artis yang ada antara mereka sentiasa bersikap bermuka-muka. Tapi ada yang lebih memeranjatkan SS berkenaan aktor ini membabit­kan gaya hidup seksnya.

Terkejut SS, apabila diberitahu aktor itu suka melakukan hubungan seks secara beramai-ramai. Kebiasaanya SS mendengar istilah ‘three some’ tapi dia tak, sebaliknya bersama 13 orang.

Tersedak SS dibuatnya kerana tak dapat membayangkan situasi itu. Tertanya-tanya SS dibuatnya bagaimana dia tergamak melakukan seks berkumpulan itu.

Lebih dahsyat kata teman SS, seks berkumpulan itu turut disertai beberapa lagi artis lelaki yang cukup dikenali. Sekali lagi SS tergamam dan tak terkata.

Kata rakan SS, aktiviti terbabit dilakukan di rumah rakan mereka. Pantang ada masa terluang, masing-masing tak sabar nak berpesta seks. Mungkin itu lebih menyeronokkan berbanding seks biasa.

Patutlah selama ini dia bersikap acuh tak acuh apabila ada pihak media bertanya perihal hubungannya dengan kekasih hati. Malah sudah beberapa kali SS terbaca dia mahu berkahwin, tapi sehingga sekarang masih membujang.

SS: Khabarnya penyanyi lelaki terkenal dari seberang juga mengamal gaya hidup sama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 4:50 AM