Jika nak diikutkan, anak artis ini memang mewarisi sedikit sebanyak darah seni ibunya.

Malah, jika digilap bakatnya itu, SS yakin dia mampu pergi lebih jauh dan tidak mustahil boleh menjadi sehebat ibunya satu hari nanti.

Namun sayangnya, kata rakan SS, artis ini seorang yang sombong dan berlagak hingga ramai pihak media tidak berminat untuk menemubualnya.

Semuanya bermula bila anak artis ini menganjurkan satu acara dan dia turut mengundang pihak media untuk membuat liputan acara berkenaan

Bagaimanapun, kata rakan SS, dia tidak memberi kerjasama yang baik kepada pihak media yang membuat liputan di situ.

Bukan setakat berlagak, dia juga hanya menjawab soalan dengan acuh tak acuh saja kepada pihak wartawan yang hadir di majlisnya itu.

SS harap anak artis yang dimaksudkan itu buanglah sifat buruk anda itu. Bukan saja ia menjejaskan nama baik anda sekeluarga, malah, masa depannya dalam bidang hiburan.

SS: Lebih suka ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi!

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 1:32 PM